Anak merupakan anugerah kepada insan-insan yang bertuah. Anugerah cahaya mata (anak) tidak dapat dibayangkan melalui mata kasar mahu pun deria-deria lain termasuk deria keenam. Hanya insan-insan yang melaluinya sahaja yang mampu merasai kenikmatan dan kelebihannya.
Senyumannya yang sememangnya tidak pernah menipu perasaannya menjadikan kita sangat bahagia. Senyumannya yang penuh keikhlasan menggambarkan suasana syurga dunia walau pun tidak mampu dicapai. Senyumannya yang menawan membuatkan kita bebas daripada gangguan masalah dan tekanan. Senyumannya membuatkan kita sangat merinduinya pada saat berjauhan. Siksa jiwa mengingatkan senyumannya menjadikan kita lebih bersemangat.
Telatahnya yang bersahaja tidak pernah berniat untuk bermuka-muka. Setiap tingkah laku mencerminkan sikapnya.
Betapa kurindu padamu..
25 October 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
waa.
ReplyDeletemendalamnya.
dalam atau tidak, deoend pada hati si pembaca..
ReplyDeletelalala
dalam2. sampai tak terkata membacanya. kehebatan ni. masyallah.
ReplyDeletelain macam..
ReplyDelete