25 October 2009

Nurul Qalb (Cahaya Hati)

Anak merupakan anugerah kepada insan-insan yang bertuah. Anugerah cahaya mata (anak) tidak dapat dibayangkan melalui mata kasar mahu pun deria-deria lain termasuk deria keenam. Hanya insan-insan yang melaluinya sahaja yang mampu merasai kenikmatan dan kelebihannya.

Senyumannya yang sememangnya tidak pernah menipu perasaannya menjadikan kita sangat bahagia. Senyumannya yang penuh keikhlasan menggambarkan suasana syurga dunia walau pun tidak mampu dicapai. Senyumannya yang menawan membuatkan kita bebas daripada gangguan masalah dan tekanan. Senyumannya membuatkan kita sangat merinduinya pada saat berjauhan. Siksa jiwa mengingatkan senyumannya menjadikan kita lebih bersemangat.

Telatahnya yang bersahaja tidak pernah berniat untuk bermuka-muka. Setiap tingkah laku mencerminkan sikapnya.

Betapa kurindu padamu..

24 October 2009

Masalah, Masalah, MASALAH!!!!

Pernahkah kita lalui seharian dengan tidak pernah ada masalah? Masalah tentunya akan hadir bagi menghiasi hari-hari kita. Tidak kira dalam apa jua bentuk kerana masalah ini bukan dari satu keluarga atau satu kaum sahaja, malah berjuta-juta bangsa masalah yang ada dalam kehidupan kita, melebihi nisbah jumlah manusia.

Ada masalah datang dari jenis kewangan, rumah tangga, hubungan dengan kawan, hubungan dengan pasangan kekasih, tekanan kerja, ugutan, hutang, pengangkutan, tekanan perasaan,pembelajaran dan bermacam-macam jenis lagi yang tidak terdaya untuk saya senaraikan. Bayangkan, setiap anggota tubuh badan kita tidak kira luaran mahu pun dalaman adalah bersedia untuk memberikan masalah kepada kita.

Namun, persoalannya, mengapa kita dipikulkan dengan risiko masalah dalam kehidupan? Kejamkah Allah memberikan kita masalah yang begitu banyak?? Nauzubillah..

Masalah dianugerahkan seiringan dalam kehidupan setiap insan. Sebelum kita berfikir yang bukan-bukan, renungi satu maksud firman Allah SWT yang bermaksud, "Tidak akan kami pikulkan kamu dengan masalah yang kamu tidak terdaya". Jelas sekali daripada ayat tersebut mengatakan setiap masalah yang kita hadapi itu adalah mengikut kadar keupayaan kita masing-masing.

Di sebalik ayat tersebut, ia menjelaskan bahawa masalah dan konflik kehidupan itu bukan suatu bala bahkan ia adalah anugerah khas untuk setiap insan. Mengapa anugerah? Cuba kita lihat dalam sebuah pasukan polis. Sekiranya ada kes-kes yang berprofil tinggi, siapakah yang akan mengetuai misi tersebut? Konstabel? Lans Koperal? Koperal? Sarjan? Pastinya bukan nama-nama itu yang bertanggungjawab dalam strategi operasi tetapi sekurang-kurangnya mestilah yang berkelas pegawai seperti Inspektor dan ke atas.

Sama juga dengan kita, jika kita rasa masalah yang kita hadapi itu adalah berat, maka itulah pangkat kita. Nilaikan diri kita berdasarkan masalah yang datang. Semakin besar masalah, sebenarnya semakin tinggi darjat kita, semakin tinggi tingkat keimanan kita. Tapi awas, tahap-tahap tersebut akan tercapai jika kita menghadapi masalah tersebut dengan tabah, sabar dan redha. Redha bukanlah bermaksud berserah semata-mata tanpa berbuat apa-apa.

Redha di sini adalah mengakui kehadiran setiap masalah itu terselit hikmah dan keredhaan Allah. Setelah itu, berusaha dengan sabar dan gigih seboleh mungkin untuk menyelesai dan melalui masalah tersebut sehingga selama-lamanya atau sehingga ke poenghujungnya.

Masalah dan kehidupan tidak dapat dipisahkan. Sekiranya kita bercuti untuk lari daripada masalah, itu adalah persepsi yang sangat lemah. Ayuhlah kita bersedia untuk setiap anugerah tersebut. Semoga kita lebih bersabar.

22 October 2009

Syukur, syukurlah

Manusia selalu sahaja mendapat rezeki yang jelas sekali datangnya daripada kurniaan Allah s.w.t. Namun, mereka sering alpa dan bermegah dengan apa yang ada sehingga mereka lupa rezeki tersebut adalah daripada Allah.. Bahkan mereka terlalu mengagungkan usaha mereka lebih daripada Allah.. Jika mereka ditanya bagaimana datangnya kekayaan itu, mereka akan mulakan cerita dengan kepayahan mendapat modal, jatuh bangun perniagaan dan akhir sekali kejayaan setelah penat berusaha.

Mereka lupa, siapa yang memberikan idea dan keinginan untuk menjadi kaya, keinginan mereka untuk memulakan sesuatu kerja atau perniagaan dan keinginan dan idea mereka untuk membentuk cita-cita.

Mereka lupa siapa yang menyedarkan mereka tentang kehidupan dengan memberikan ujian kejatuhan dan nikmat pembangunan diri dan rezeki tersebut. Mereka lupa mengapa mereka dijatuhkan dan mengapa mereka dibangunkan. Kenapa mereka tidak dijatuhkan terus-terusan??? Mengapa perlu mereka merasai kejatuhan tersebut?? Mengapa mereka tidak diberikan kesenangan berpanjangan??

Mereka lupa mengapa mereka diberi kejayaan setelah berusaha? mengapa mereka diberi kekayaan setelah berjaya? Bukankah Allah itu maha berkuasa memberikan mereka kekayaan tanpa uasaha? Bukankah Allah mampu memberikan kekayaan tanpa kejayaan?

Persoalan-persoalan tersebut hanya mampu dijawab oleh mereka yang pernah melaluinya. Namun,persoalan tersebut tidak akan timbul bagi orang-orang yang bersyukur dan berpegang teguh pada tali Allah..

Secara keseluruhannya, Allah memberikan kita bermacam-macam liku kehidupan adalah untuk kita sentiasa sedar landasan kita dan merasai nikmatnya sesuatu yang kita kecapi supaya akhirnya kita bersyukur dengan apa yang digenggam.

21 October 2009

Mimpikan Impian 5

2003 bermula dengan agak ceria untuk aku sebab aku pakai baju dan seluar sekolah baru, hasil dari gaji aku sendiri kerja. Rasa la kenikmatan apabila memakai pakaian tu. Lain je rasanya.

Hmmm..malas rasanya nak berceloteh panjang. Tapi, kesimpulannya aku penat and suka sangat. Banyak kenangan manis yang tercipta kat sini. Banyak yg tercatat sebagai sejarah besar dalam hidup aku..

10 October 2009

Siapa Sai Baba?

Lama aku menyepi.. Mencari-cari apakah motif sebenarnya aku wujudkan blog ni..Hari ni aku ada sesuatu nak kongsikan..Mungkin sahabat-sahabat pernah dengar nama Sathya Sai Baba..

Tapi aku ada sesuatu yang menarik yang hendak dikongsikan. Dalam bulan Ramadhan lepas, aku menaiki komuter untuk ke Seremban dari Shah Alam. Sampai di Seremban, aku kena ambil teksi untuk ke Terminal 2 yang baru disiapkan. Dalam teksi tersebut yang dipandu oleh warga india Hindu, aku ternampak gambar Sai Baba. Aku pura-pura tidak kenal dengan foto tersebut sebab aku nak tahu dari pandangan dia. Aku tanya la dia latar belakang Sai Baba berdasarkan pengetahuan dia. Tak banyak lari dari pembacaan aku.

Memang benar Sai Baba dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat penganut agama Hindu dan Budha. Kedua-dua penganut agama ini begitu mengagung-agungkan Sai Baba ini sebagai tuhan manusia mereka. Menurut pemandu itu lagi, Sai Baba boleh memahami apa sahaja bahasa dari mana-mana percakapan di dunia ini tetapi akan membalas dalam bahasanya kerana tidak tahu uttuk bercakap dalam bahasa selain bahasanya (lupa nak tanya spesifik bahasa yang Sai Baba guna tapi bahasa kaum dia la. Mungkin Tamil) Lalu aku menyampuk "Dia mendengar percakapan orang pakai hati latu..!". Pemandu itu cepat mengangguk tanda setuju.

Jelas dia lagi, bukan sekadar dari penganut agama hindu dan buddha sahaja yang mengunjungi Sai Baba tetapi juga agama-agama dan pengamal-pengamal kepercayaan lain seperti Nasrani, Yahudi, Teo, dan sebagainya TERMASUKLAH Islam. Dengan selamba pemandu tu cakap, semua yang pergi boleh memohon apa sahaja hajat, nescaya akan ditunaikan. Apa sahaja. Malahan pemandu tu turut mengatakan bahawa Sai Baba seolah-olah tuhan untuk semua manusia di dunia ini.

Pemandu itu juga mengakui bahawa terdapat ramai umat Islam dari kalangan orang melayu yang mengunjungi Sai Baba. Terkejut besar aku!!! Tapi, dia menambah lagi, kebanyakanya adalah dari Melayu Indonesia.. Huhhh...(dalam fikiran aku, patut la Indonesia ni terkenal dengan banyak ajaran sesat).

Dalam artikel lain yang aku baca, ada sesetengah penulis yang menyamakan Sai Baba sebagai seekor dajjal kerana atas beberapa kemampuan dan sifat-sifat yang dimilikinya. Tapi, aku tiada sebarang komen berkenaan dengan hal ini namun secara jujurnya aku tidak menolak sepenuhnya kenyataan tersebut sebab ada juga kebenarannya. Sekurang-kurangnya menjadi motivasi kepada aku untuk terus menguatkan iman agar tidak lari dari SIROTOL MUSTAQIM..