10 October 2009

Siapa Sai Baba?

Lama aku menyepi.. Mencari-cari apakah motif sebenarnya aku wujudkan blog ni..Hari ni aku ada sesuatu nak kongsikan..Mungkin sahabat-sahabat pernah dengar nama Sathya Sai Baba..

Tapi aku ada sesuatu yang menarik yang hendak dikongsikan. Dalam bulan Ramadhan lepas, aku menaiki komuter untuk ke Seremban dari Shah Alam. Sampai di Seremban, aku kena ambil teksi untuk ke Terminal 2 yang baru disiapkan. Dalam teksi tersebut yang dipandu oleh warga india Hindu, aku ternampak gambar Sai Baba. Aku pura-pura tidak kenal dengan foto tersebut sebab aku nak tahu dari pandangan dia. Aku tanya la dia latar belakang Sai Baba berdasarkan pengetahuan dia. Tak banyak lari dari pembacaan aku.

Memang benar Sai Baba dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat penganut agama Hindu dan Budha. Kedua-dua penganut agama ini begitu mengagung-agungkan Sai Baba ini sebagai tuhan manusia mereka. Menurut pemandu itu lagi, Sai Baba boleh memahami apa sahaja bahasa dari mana-mana percakapan di dunia ini tetapi akan membalas dalam bahasanya kerana tidak tahu uttuk bercakap dalam bahasa selain bahasanya (lupa nak tanya spesifik bahasa yang Sai Baba guna tapi bahasa kaum dia la. Mungkin Tamil) Lalu aku menyampuk "Dia mendengar percakapan orang pakai hati latu..!". Pemandu itu cepat mengangguk tanda setuju.

Jelas dia lagi, bukan sekadar dari penganut agama hindu dan buddha sahaja yang mengunjungi Sai Baba tetapi juga agama-agama dan pengamal-pengamal kepercayaan lain seperti Nasrani, Yahudi, Teo, dan sebagainya TERMASUKLAH Islam. Dengan selamba pemandu tu cakap, semua yang pergi boleh memohon apa sahaja hajat, nescaya akan ditunaikan. Apa sahaja. Malahan pemandu tu turut mengatakan bahawa Sai Baba seolah-olah tuhan untuk semua manusia di dunia ini.

Pemandu itu juga mengakui bahawa terdapat ramai umat Islam dari kalangan orang melayu yang mengunjungi Sai Baba. Terkejut besar aku!!! Tapi, dia menambah lagi, kebanyakanya adalah dari Melayu Indonesia.. Huhhh...(dalam fikiran aku, patut la Indonesia ni terkenal dengan banyak ajaran sesat).

Dalam artikel lain yang aku baca, ada sesetengah penulis yang menyamakan Sai Baba sebagai seekor dajjal kerana atas beberapa kemampuan dan sifat-sifat yang dimilikinya. Tapi, aku tiada sebarang komen berkenaan dengan hal ini namun secara jujurnya aku tidak menolak sepenuhnya kenyataan tersebut sebab ada juga kebenarannya. Sekurang-kurangnya menjadi motivasi kepada aku untuk terus menguatkan iman agar tidak lari dari SIROTOL MUSTAQIM..

1 comment:

  1. yeah! betul lar tu. huarm. sai baba ni sangat popular ek? agaknya, dia sampaikan ajaran islam, tetapi ditafsirkan secara terpesong oleh pengikutnya. aish. ruginya. kalo lar kawe dapat balik ke sejarah lampau melalui time machine ke, boleh dapat jawapan segala persoalan kita semua ni. hehe. insyallah............

    ReplyDelete