24 September 2010

Penyerahan Kepada Allah

Adakah penyerahan itu cukup sekadar kata-kata dan sedikit perbuatan? Adakah cukup dengan memberikan bukti kepada sesama makhluk bahawa dia betul-betul berserah atas segala urusan kepada Allah?

Ada kalanya geli aku mendengar orang mengatakan bahawa dia betul-betul diuji dan melepasi ujian tersebut lantas mengatakan yakin telah berserah, sedangkan ada masalah lain datang menimpanya lalu dia menangis sehingga tidak sedarkan diri. Dalam keadaan demikian, dia sibuk berjumpa orang itu dan orang ini bagi mendapatkan jalan penyelesaian. Mengapa tidak tadah tangan mohon kepada Allah??? Nampak kegagalan di situ. Tapi dalam masa yang sama masih lagi mengagungkan ujian-ujian lalu yang berjaya ditempuh. Tapi nampaknya sekadar membanggakan percakapan.

Guruku selalu berpesan, orang yang berserah kepada Allah tidak akan merasa kecewa dengan apa yang terjadi adn sesekali tidak akan menangis selain untuk jalan Allah. Apa maknanya menangis untuk manusia? Mengapa tidak serahkan segala masalah itu kepada Allah? Mengapa perlu kita selesaikan masalah itu sedangkan penyelesai masalah hanyalah Allah SWT?

Kegagalan demi kegagalan telah kualami dan kulihat. Hari demi hari menampakkan dunia ini penuh dengan wayang yang dimainkan disebalik tabir hitam tetapi penontonya ada dibelakang pemain. Sungguh kelakar bukan. Sudahlah tahu bahawa itu sekadar wayang, tambah lagi pemain wayang itu didepan mata tapi kedua-duanya masih pandai berlakon diluar pentas. Si penonton masih boleh menangis menghayati cerita itu dan pemain itu pula masih megah dengan ceritanya yang kononnya real.

Apa maksud semua ni?