16 September 2011

Sabar dalam Kehidupan

Kesabaran adalah salah satu sifat yang sangat mulia dan terpuji di sisi Allah dan RasulNya. Namun orang yang memiliki kesabaran yang hakiki ini selalunya dilabel bodoh dan dungu.

Sebagai contoh, orang yang tidak membalas herdikan orang lain dianggap pengecut dan tidak bermaruah. Tetapi hakikatnya dialah yang paling berani membawa ajaran Islam yang sebenar dengan tawadhuk.

Namun hangan pula kita berkelakuan seperti itu kerana ada sikap penakut dalam diri. Sekiranya demikian, kita sebenarnya hipokrit pada diri sendiri. Membiarkan diherdik kerana takut untuk membantah bukan sesuatu yang menguntungkan.

Bagi golongan biasa, membalas herdikan adalah harus bagi menjaga maruah di hadapan orang lain terutama orang bukan Islam. Namun bagi golongan sufi, mereka lebih rela diam kerana dalam diam mereka terselit hikmah yang besar yang mampu mengetuk pintu hati sesiapa sahaja.

24 September 2010

Penyerahan Kepada Allah

Adakah penyerahan itu cukup sekadar kata-kata dan sedikit perbuatan? Adakah cukup dengan memberikan bukti kepada sesama makhluk bahawa dia betul-betul berserah atas segala urusan kepada Allah?

Ada kalanya geli aku mendengar orang mengatakan bahawa dia betul-betul diuji dan melepasi ujian tersebut lantas mengatakan yakin telah berserah, sedangkan ada masalah lain datang menimpanya lalu dia menangis sehingga tidak sedarkan diri. Dalam keadaan demikian, dia sibuk berjumpa orang itu dan orang ini bagi mendapatkan jalan penyelesaian. Mengapa tidak tadah tangan mohon kepada Allah??? Nampak kegagalan di situ. Tapi dalam masa yang sama masih lagi mengagungkan ujian-ujian lalu yang berjaya ditempuh. Tapi nampaknya sekadar membanggakan percakapan.

Guruku selalu berpesan, orang yang berserah kepada Allah tidak akan merasa kecewa dengan apa yang terjadi adn sesekali tidak akan menangis selain untuk jalan Allah. Apa maknanya menangis untuk manusia? Mengapa tidak serahkan segala masalah itu kepada Allah? Mengapa perlu kita selesaikan masalah itu sedangkan penyelesai masalah hanyalah Allah SWT?

Kegagalan demi kegagalan telah kualami dan kulihat. Hari demi hari menampakkan dunia ini penuh dengan wayang yang dimainkan disebalik tabir hitam tetapi penontonya ada dibelakang pemain. Sungguh kelakar bukan. Sudahlah tahu bahawa itu sekadar wayang, tambah lagi pemain wayang itu didepan mata tapi kedua-duanya masih pandai berlakon diluar pentas. Si penonton masih boleh menangis menghayati cerita itu dan pemain itu pula masih megah dengan ceritanya yang kononnya real.

Apa maksud semua ni?

10 March 2010

Happy Birthday Raja Mirza Hannani


Hari ni genaplah setahun anak sulungku, Raja Mirza Hannani Binti Raja Ahmad Saifulizam. Tidak kusangka begitu cepat masa berlalu.

Saat-saat hari pertama kelahirannya masih lagi berlegar-legar di fikiranku. Dia sangat kecil dan lembut. Tidak mampu buat ape-ape melainkan menangis dan menggerakkan sedikit lehernya. Tetapi sekarang, dia dah mampu berjalan, entah-entah dah boleh berlari. Aku tidak pasti sebab aku tinggalkan dia hari tu dia tidak boleh berjalan pun lagi. InsyaAllah sama ada malam esok atau pun pagi lusa abi akan balik ye Hannani.

09 February 2010

Keje Lagi

Keje yang tersedia ni pun aku dah sibuk, apatah lagi nak siapkan keje2 lain.. Nampaknya mcm kena tolak beberapa keje yang bukan core utk aku.
Aku lebih suka dengan profesyen sebagai tenaga pengajar berbanding dengan kerjaya-kerjaya lain. Bukan apa, kalau x mampu dikendong, lebih baik serahkan kepada tuannya kembali, kan???
Nak-nak lagi aku yang tengah x sihat ni..aduii, nak mengadap komputer pun sesuatu yang menyiksakan. Berdenyut-denyut!! Fuhh....!! Mmg best.

08 February 2010

Keje Dah

Hari-hariku bermula dengan langkah-langkah kegembiraan dan penuh keujaan. Sentiasa terfikir dalam kotak fikiranku, apakah akan aku berikan hari ini kepada murid-muridku. Kini betapa aku merasakan besarnya tanggungjawab dan peranan seorang guru terhadap para pelajarnya, apatah lagi yang masih bergelar kanak-kanak. Bagi yang memberikan tumpuan, setiap kata-kataku mereka teliti dan sematkan di dalam kehidupan. Sekiranya aku memberikan maklumat dan ajaran yang salah, maka mereka akan ikut ajaran tersebut sebagai rutin.

Sebab itulah aku merasakan cabaran yang sangat besar bagiku untuk mengisi ilmu kepada mereka yang semestinya sangat dahagakan sesuatu yang baru setiap hari.

Aku mempunyai pelbagai jenis peringkat pelajar.. Daripada yang cerdas sehinggalah yang lambat dan ada juga yang seumpama baru hendak memulakan pembelajaran.

Walau apapun, aku sangat enjoy dengan kerjaya aku sekarang.