16 September 2011

Sabar dalam Kehidupan

Kesabaran adalah salah satu sifat yang sangat mulia dan terpuji di sisi Allah dan RasulNya. Namun orang yang memiliki kesabaran yang hakiki ini selalunya dilabel bodoh dan dungu.

Sebagai contoh, orang yang tidak membalas herdikan orang lain dianggap pengecut dan tidak bermaruah. Tetapi hakikatnya dialah yang paling berani membawa ajaran Islam yang sebenar dengan tawadhuk.

Namun hangan pula kita berkelakuan seperti itu kerana ada sikap penakut dalam diri. Sekiranya demikian, kita sebenarnya hipokrit pada diri sendiri. Membiarkan diherdik kerana takut untuk membantah bukan sesuatu yang menguntungkan.

Bagi golongan biasa, membalas herdikan adalah harus bagi menjaga maruah di hadapan orang lain terutama orang bukan Islam. Namun bagi golongan sufi, mereka lebih rela diam kerana dalam diam mereka terselit hikmah yang besar yang mampu mengetuk pintu hati sesiapa sahaja.