02 November 2009

Ya Allah, Perkenankanlah Doaku

Doa merupakan senjata bagi umat Islam. Memang telah tercatat dalam al-Quran bahawa, sesiapa yang berdoa, akan dimakbulkan. Tapi, pelik juga, mengapa doa kita yang dah makan tahun pun masih belum termakbul? Sedangkan telah meleleh air mata hampir setiap malam. Mari kita sama-sama fikirkan puncanya..Hmmmm..

Rasulullah bersabda yang maksudnya menerangkan bahawa sekiranya kita berdoa sehingga mengeluarkan air mata, doa itu semestinya akan dimakbulkan tuhan. Tapi, mengapa kita yang hampir tiap-tiap kali berdoa mengalirkan air mata masih tidak dimakbulkan doa? Cuba kita renungkan... Mengapa air mata itu keluar? Maksud mengeluarkan air mata itu ialah kerana takutkan Allah dan berserah serta bertaqwa kepadanya, bukan sekadar rintihan semata-mata mengharapkan doa tersebut dimakbulkan. Kita selalu berusaha mengalirkan air mata dengan cara berdoa sepenuh perasaan dan merintih kekurangan diri sebagai orang yang paling malang pada Allah. Padahal kita telah diberi peringatan supaya bersyukur dengan apa yang ada pada diri masing-masing kerana setiap yang Allah timpakan atau turunkan itu adalah mengandungi hikmah yang bertujuan untuk mengembalikan kita ke jalan lurus. Tetapi kita menrintih dengan penuh kekesalan dan menafikan hikmah dari Allah. Jadi, penting untuk kita ingat di sini adalah, penyerahan kita itu jangan sesekali kita salah tafsir. Kerana, setiap yang kita lalui itu tidak ada satu pun bertujuan untuk mengainiaya kita. Sesungguhnya Allah itu maha penyayang terhadap semua hamba-Nya.

Seterusnya, mari kita tengok pula pada pengharapan dan keyakinan kita terhadap doa yang kita pohon itu. Semasa kita panjatkan sesuatu doa itu, adakah kita betul-betul menyerahkan pengharapan kepada Allah? Sekiranya ada terdetik dalam hati sanubari kita meragukan doa tersebut, nescaya Allah sekali-kali tidak akan memakbulkannya. Bagaimana ingin mendidik hati untuk mendapat penyerahan secara total tersebut? Satu sahaja cara yang paling ringkas untuk saya ungkapkan tetapi memiliki huraian dan praktikal yang sangat besar iaitu "IKHLAS"....

Setelah berdoa, jangan pula kita terus mengharapkan doa itu akan termakbul dengan hanya membiarkannya berlalu tanpa sebarang usaha susulan yang termampu. Kerana, kita harus istiqamah dengan segala amalan-amalan biasa dan teruskan berdoa sepanjang masa.

Ini adalah secebis asbab yang mempengaruhi sesuatu doa itu untuk dimakbulkan atau pun tidak.

2 comments: