10 November 2009

Alhamdulillah

Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar... Inilah antara ungkapan yang sangat digalakkan dalam Islam sebagai menandakan ingatan kita kepada Yang Esa. Zikir ini juga mampu berfungsi sebagai pengubat duka lara seandainya kita memberikan penghayatan yang maksimum. Dalam ketiga-tiga zikir tersebut, masyarakat kita sering membahagikan fungsi masing-masing mengikut waktu dan keadaan. Sebagai contoh, Subhanallah diungkap apabila kita melihati sesuatu yang menakjubkan seperti melihat kereta baru. Alhamdulillah diungkap apabila kita memperoleh sesuatu rezeki dan Allahuakbar diucap semasa berhadapan dengan sesuatu yang diluar jangkaan.

Saya suka untuk mengupas lanjut sedikit tentang zikir mulia Alhamdulillah... Seperti yang telah diterangkan, zikir ini selalunya diucap apabila manusia yang bergelar Islam mendapat sesuatu rezeki. Sungguh mulia seseorang itu kerana tidak melupakan Penciptanya setelah mendapat sebarang rezeki. Tidak seperti sesetengah yang lain, yang tidak tahu bersyukur dan beranggapan rezeki yang diperolehinya adalah hasil daripada penat lelah dan usaha sendiri tanpa bantuan sesiapa. Nauzubillah...

Tapi, cukupkan zikir Alhamdulillah sekadar diucap pada saat gembira sahaja. Bagaimana pula apabila kita sedang ditimpa mudarat, bala, masalah atau pun musibah? Daripada Muaz bin Jabal r.a.

"Ketika Allah menguji hamba yang mukmin (sabar) dengan suatu bencana, Dia berkata kepada (Malaikat) pencatat amal buruk, "Hapuskan catatan daripadanya." Dan kepada pencatat amal baik, "Tuliskan untuk hamba-Ku yang lebih baik daripada apa yang dia perbuat."

Tersebut pula sebuah kisah dalam Hadith Nabi SAW:

"Ketika seorang hamba sakit, Allah mengutuskan dua Malaikat kepadanya (si pesakit), seraya berkata, "Lihatlah kalian apa kata hamba-Ku." Jika dia berkata 'Alhamdulillah', maka diberitahukan kepada Allah, Dia lebih tahu, lalu berkata, "Aku berjanji untuk hamba-Ku, jika aku matikannyam Ku-masukkannya ke syurga. Dan jika Aku menyembuhnya, ku-Ganti dia daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik daripada darahnya. Dan Aku hapuskan pula keburukannya"

Renung-renungkanlah. Sejauh manakah tahap kita jika dibandingkan dengan dalil-dalil di atas? Saya ada seorang kawan, S namanya. Dia dikira bagus la jugak sehingga ramai kenalan-kenalan dia yang pergi berjumpa mengadu masalah kepadanya untuk meminta nasihat dan pandangan. Menurut beliau, kesemua daripada mereka datang dengan perasaan yang berkecamuk dan ada juga seolah-olah tidak dapat menerima bahawa dia sedang berhadapan dengan masalah tersebut. Masalah di sini dapatlah kita definisikan sebagai dugaan. Tengoklah saudara dan saudari, kita sering sahaja mengeluh apabila diduga oleh Allah swt. Malahan ada yang sehingga menyalahkan takdir, mengatakan Allah swt tidak adil (nauzubillah!), ada yang mengatakan Allah swt dah tidak sayangkan dia lagi kerana sering berhadapan dengan masalah (nauzubillah!)

Mengapa sehingga ke tahap ini kita berfikir. Bermuhasabahlah, kerana ini adalah masalah aqidah, perkara yang paling tunjang dalam Islam. Tegakkan dahulu tiang aqidah kita supaya kita tidak tersesat..

Wassalam

No comments:

Post a Comment