08 February 2010

Keje Dah

Hari-hariku bermula dengan langkah-langkah kegembiraan dan penuh keujaan. Sentiasa terfikir dalam kotak fikiranku, apakah akan aku berikan hari ini kepada murid-muridku. Kini betapa aku merasakan besarnya tanggungjawab dan peranan seorang guru terhadap para pelajarnya, apatah lagi yang masih bergelar kanak-kanak. Bagi yang memberikan tumpuan, setiap kata-kataku mereka teliti dan sematkan di dalam kehidupan. Sekiranya aku memberikan maklumat dan ajaran yang salah, maka mereka akan ikut ajaran tersebut sebagai rutin.

Sebab itulah aku merasakan cabaran yang sangat besar bagiku untuk mengisi ilmu kepada mereka yang semestinya sangat dahagakan sesuatu yang baru setiap hari.

Aku mempunyai pelbagai jenis peringkat pelajar.. Daripada yang cerdas sehinggalah yang lambat dan ada juga yang seumpama baru hendak memulakan pembelajaran.

Walau apapun, aku sangat enjoy dengan kerjaya aku sekarang.

3 comments:

  1. wah. berkarier baru sekarang raje kite ni. bagus2. cukup bulan bule gi vichuda. hehe.

    ReplyDelete
  2. salam... hoh raje, mu dpt keje ape weh? tahniah2

    ReplyDelete
  3. Madmal oi: Gaji aku berperingkat la..x kira bulan..hahaha. PTPTN lg banyak.

    xluwiex: jadi cikgu daa..caya x? hahaha

    ReplyDelete