09 September 2009

Mimpikan Impian 4


Tahun 2002 tiba dengan penuh debaran dan tanda tanya. Aku dan kawan-kawan melalui proses orientasi selama seminggu. Selepas seminggu, kami semua diberikan kelas masing-masing. Tetapi aku tidak dapat menyertai kawan-kawan belajar dulu sebab syaratnya ialah mesti menunjukkan slip keputusan PMR. Disebabkan ada hutang dengan sekolah yang aku tidak mampu jelaskan, slip keputusan aku ditahan. Aku tetap jgk pergi ke sekolah walaupun sekadar menghabiskan masa di surau. Asrama belum lagi dibuka, maknanya aku sekadar ulang-alik je time tu.

dalam masa tak ada kelas tu, aku habiskan masa dengan membaca novel sastera SPM sebab aku tak yakin dapat aliran sains. Maklumlah, keputusan tak tahu lagi.. Selepas seminggu, aku pergi jumpa dengan guru kanan untuk membuat rayuan. rayuan diterima dan aku ditempatkan di aliran sains jugak.. Seronok juga perasaan masa tu tapi agak malu berada dalam kelas. Terasa aku seperti orang paleolitik yang baru melihat logam di zaman Neolitik..

hati ditabahkan untuk membuang perasaan tu jauh-jauh. Lama-kelamaan, perasaan tu hilang. dicampur dengan keaktifan aku dalam kelas dalam menyelesaikan 'assignment' dan eksperimen.

Asrama dibuka selepas dua-tiga hari aku mendaftar masuk ke kelas. Tahun ni aku masih diterima masuk ke asrama. tapi memang aku menjangka tidak banyak saingan sebab atas platform sumbangan. Biasanya, warden akan mendahului nama-nama yang telah memberi sumbangan ni.

Tingkatan 4 ni la yang benar-benar membawa seribu makna dalam hidup aku. Tahun ini, kawan sekampung aku, Hasbullah namanya, dilantik menjadi Ketua Asrama. Dia ni berkebolehan dalam al-Quran dan ilmu-ilmu agama. Selalu la dia jadi imam kat surau. Jika dibandingkan aku dengan dia, jauh sekali pengetahuannya melebihi aku. Walau pun sebelum ni aku dengan dia bukan kawan baik tapi semenjak di asrama, kami menjadi kawan yang sangat rapat. Allah telah menghantar dia kepada aku sebagai sokongan untuk memilih jalan yang benar.

Hidup aku menjadi lebih bermakna. Aku semakin tahu mengapa selama ini aku belajar ilmu-ilmu Allah. Aku semakin tahu apakah matlamat hidup yang singkat ini. Aku menjadi sangat rindukan zikrullah. al-Quran pula menjadi ilmu yang paling aku minat. Dengan bantuan Hasbullah juga aku mendapat tips-tips tertentu sehingga aku berani masuk pertadingan tilawah peringkat sekolah. Tapi kalah la...hehehe..

Tahun 2002 ni juga merupakan titik tolak kepada permulaan karier aku dalam bidang kesenian Islam terutama nasyid.

Antara yang teruja untuk aku ingat adalah, pada pertengahan tahun, aku bersama-sama Hasbullah dan 2 - 3 orang kawan lagi diberi tanggungjawab menganjurkan pertandingan ko-Agama peringkat asrama. Warden cuma bagi duit je.. Alhamdulillah, berjaya diselesaikan dengan jaya. Warden selalu sebut nama kami dalam perjumpaan dia. Menjadikan kami sebagai contoh. Alhamdulillah..

Pada persiapan jamuan akhir tahun asrama pula (bagi meraikan pelajar tingkatan 5), aku dipertanggungjawabkan dalam menguruskan majlis itu secara keseluruhan kecuali tempahan makanan. Aku kena tetapkan jadual, pengisian dan juga persiapan tempat. Pada aku, ini merupakan sesuatu yang sangat mencabar kerana aku langsung tiada pengalaman dalam bab-bab ni. Hanya yang ada cuma terlalu sikit dan bercampur-campur. Apatah lagi sebelum ni, tidak pernah ada pelajar yang terlibat. Mungkin warden nak buat kelainan. Dipendekkan cerita, majlis tu berjaya jugak. Apa lagi, tak habis-habis la warden puji kumpulan aku yang buat ketja tu. Syukurlah..

Dalam bidang sukan pula, aku masih tak menyerlah di peringkat PPD. Di peringkat sekolah ada la jugak bawa balik pengat. Walau pun begitu, aku menjadi 'hot prospect' cikgu sukan (cikgu juzaidi). Jadi, aku selalu la menjalani latihan jangka panjang.

Disebabkan minat terhadap al-Quran, aku hafal semua ayat-ayat dalam buku Pendidikan Islam. Ustazah aku terus aim tahun depan, masuk pertandingan hafazan. Huhuhu..

Aku sangat bersyukur kerana perkembangan yang berlaku dalam diri aku adalah pada jalan yang benar..

No comments:

Post a Comment