05 September 2009

Mimpikan Impian 3

Aku terus melangkah ke tingkatan tiga dengan langkah yang tidak seberapa. Awal-awal tahun ni aku rasa bimbang dengan prestasi aku. Kawan-kawan rapat aku semuanya jatuh ke kelas bawah. Aku sorang je yang masih stay kat kelas pertama. Tersentak jugak aku sebab kehidupan aku masa tingkatan dua selalu diiring gelak ketawa dan hilai. Tapi apabila di tingkatan tiga ni, cuma ada kawan-kawan skema je. Semua kaki komik, kaki anime and kaki game. Terpaksa la aku keseorangan menghanyutkan langkah yang tak tahu di mana harus berlabuh. Aku cuma dengar dan tangkap apa yang cikgu ajar. Tugas di PSS pun semakin kurang sebab dah berpindah ke sesi pagi.

Cuma, kehidupan di asrama aku bertambah baik. Tugas di surau dengan aku amat sinonim sekali. Terasa tidak dapat dipisahkan. Namun, dek kerana senior-senior aku yang suka memakai seluar pendek, aku terikut-ikut. Kerap kali jugak aku berseluar pendek je. Habis cita-cita nak bergelar pelajar contoh. hehehe...

Dalam pertengahan tahun, seorang senior aku yang aku hormati tiba-tiba kelihatan mengangkut barang ke dorm. Dia seperti baru mendaftar. Memang dia tidak tinggal di asrama sebelum ni kecuali masa aku tingkatan satu dahulu.

Sebelum itu, aku diberitahu warden, ada pertandingan azan di bawah Pertandingan Ko-Agama peringkat PPD. Masa tu, hanya ada dua orang sahaja yang boleh dikira sebagai layak untuk dibawa bertanding - aku dan Shamsul -. Tapi, pertandingan itu memerlukan 3 orang untuk satu kumpulan (azan, iqamat dan doa). Memang telah ditakdirkan semuanya beruntung untuk aku dan Shamsul, kedatangan senior aku tadi (Ridhuan) telah melengkapkan kumpulan kami. Namun, ketiga-tiga daripada kami langsung tiada pengalaman tentang pertandingan ini. Kami mendapat sedikit tunjuk ajar daripada penolong warden asrama, yang merupakan seorang ustaz.

Persiapan hanya dalam beberapa hari sahaja. Syarat pertandingan adalah, setiap daripada kami akan diundi pada hari pertandingan sama ada akan azan, iqamat atau pun doa. Pada aku, tidak menjadi masalah untuk mendapat mana-mana daripada tiga task tersebut. Tetapi, bagi Shamsul, dia lebih power azan dan kurang sikit jika mendapat doa kerana dia tidak mahir dengan tajwid. Manakala bagi Ridhuan pula, dia sebaliknya dengan Shamsul tadi iaitu lebih suka jika diberikan iqamat atau doa berbanding azan.

Pada hari pertandingan, kami bertiga bangun awal dan bersiap ke surau seawal 4 pagi. Selepas masing-masing buat tahajjud dan beberapa solat sunat lain, tiba-tiba Ridhuan suruh kami fokus kepada satu task sahaja. Shamsul disuruh praktis azan, aku pula iqamat dan dia praktis doa. Kami mencipta tarannum dan gaya masing-masing. Kemudian, setelah selesai solat subuh, kami diberi minum air asam jawa. Best..hehehe...

Dipendekkan cerita, alangkah seronoknya kami, Ridhuan yang sejak dari mula asyik membuat perhitungan terhadap undian, akhirnya berjaya membaca teknik undian tersebut dan kami mendapat task sepertimana yang dirancangkan. Asrama sekolah aku memang pergi bukan sebagai pasukan pilihan kerana terdapat beberapa buah sekolah agama yang turut serta dan beberapa sekolah yang mempunyai rekod prestasi cemerlang. Namun, segala-galanya memihak kepada team aku. Kami bertiga sangat gembira. Malahan, pasukan nasyid dari sekolah aku yang begitu yakin dan memandang rendah terhadap pasukan aku tidak membawa sebarang pingat. Apa-apa pun syukurlah. Pasukan aku terpilih untu ke peringkat negeri di SMK Dabong, Kuala Krai. Tapi, kami sekadar menduduki tempat kelima di situ.

Aku rasa sangat gembira dengan kejayaan yang kerdil itu kerana aku telah berjaya membuatkan warden aku bangga dan mengharumkan nama sekolah yang dahulunya dikenali sebagai sekolah menengah jenayah (SMK Jeli).

Namun, pada akhir-akhir tahun, aku melalui saat-saat kejatuhan kerana perbuatan aku sendiri. Aktiviti memanjat pagar dan ponteng sekolah yang tak pernah aku buat sebelum ini terus tertangkap dengan cikgu. Aku kena rotan oleh PK HEM dalam biliknya. Aku betul-betul malu. huhuhu...

Dalam kelas pula aku tidak menunjukkan prestasi yang menonjol berbanding kawan-kawan lain. Aku bukan nombor paling hujung tapi hampir-hampir jerlus. Namun, aku tetap lega dengan keputusan PMR yang membolehkan aku layak ke kelas aliran sains...
to be continue

2 comments:

  1. hu..hu..hu..tentew seronok kan dapat masuk sekolah berasrama kan..kan..kalau sekarang nih pakai seluar pendek cam dulu-dulu macam mana lar agaks nya?

    ReplyDelete
  2. mintak jauh la skrg ni drp seluar pendek tu..bygkn la dosanya yg mengalir tak henti2.. seram tau

    ReplyDelete